Posted by beauty - -



Bagi pengguna baru, adalah penting bagi anda memahami dan mengetahui cara betul pemakaian produk Sf Beauty agar anda mendapat hasil yang diidamkan serta berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk membeli produk ini.

Pertama sekali, pastikan ada memilih set yang sesuai dengan masalah kulit anda (sabun pembersih sahaja yang berbeza, krim siang dan krim malam adalah sama)

-sabun Vit-C (warna hijau): khusus untuk kulit sensitif/jerawat, banyak parut atau terlalu berminyak. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah resdung kerana ia bertindak lebih lembut pada kulit.

-sabun Vit-E (warna kuning): untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus, berjeragat (sesuai untuk mereka yang tiada masalah kulit teruk terutama bagi yang berusia 30-an ke atas)

Asas penggunaan:

- cuci muka dengan sabun 2 kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur)
- gunakan krim malam pada malam hari
- gunakan krim siang pada siang hari

Krim pekat dan agak melekit. Di awal penggunaan, sila sapu pada wajah yang tidak dilap kering atau basahkan jari dengan sedikit air agar sapuan lebih mudah dan licin. Ia biasanya di alami oleh mereka yang berkulit kusam, kering atau berjerawat. Bagi mereka yang sudah memiliki kulit wajah licin bersih, sapuan krim sangat mudah. Cukup dengan calitan nipis sahaja sudah memadai.

Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan kulit muka, merah/memeritkan kulit muka namun tidak disarankan pada mereka yang memiliki kulit sangat sensitif dan alah pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat secara lembut dan semulajadi.

Kebanyakan pengguna yang memiliki kulit kusam dan kurang penjagaan wajah sebelum ini akan mendapati kulit mereka mengalami sedikit penggelupasan halus pada minggu 1-2. Ini disebabkan lapisan sel2 kulit mati di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel2 baru berlaku bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata.

Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian sabun pembersih dan krim siang usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula krim malam seperti biasa.

Antara kesan awal yang lain ialah rasa gatal2 di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja. Kemudian keadaan kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi, halus dan anjal secara beransur-ansur.




Berapa lama untuk melihat hasilnya?

Selain masalah kulit individu, faktor2 lain juga turut menyumbang kepada cepat atau lambat nya produk ini berkesan kepada kulit anda seperti persekitaran (tempat kerja, tekanan), usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, sel2 kulit aktif menyerap khasiat produk) dan pemakanan (pengambilan kolagen misalnya membantu kulit lebih sihat dari dalam).

Kebiasaannya kesan awal sudah dapat dilihat dalam tempoh 2-3 minggu pertama. Jerawat berkurangan, kulit lebih halus, pori2 mengecil, cerah dan terasa lembab semulajadi.

Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar, jeragat mulai hilang, garis2 halus berkurangan, kulit lebih anjal dan mulus.

Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas penggunaan 3-6 bulan.

Teruskan rutin pemakaian dan anda pasti yakin dengan kehebatan produk ini dalam menampilkan kulit sihat menawan! Ia semulajadi dan tidak memudaratkan kulit untuk penggunaan berterusan/jangka panjang malahan mampu melambatkan tanda2 penuaan wajah setiap individu yang menggunakannya sebagai asas penjagaan kulit harian.

Ketahui tips pemakaian produk Sf Beauty dengan lebih lanjut, KLIK DI SINI

Sebarang masalah/pertanyaan berkaitan sila email ke:
sfbeauty_malaysia@yahoo.com