Posted by beauty - - 19 ulasan

 
Produk BEUTSKIN ESSENCE kini makin dikenali sebagai supplement yang mampu memperbaiki dalaman dan kecantikan kulit luaran seseorang wanita. Penggunaan skincare yang bagus sahaja tidak mencukupi kerana tanpa kesihatan yang baik, ia akan merencatkan penampilan dan mengurangi keserian wajah individu terbabit. Justeru, amalkan pemakanan yang seimbang, minum cukup air, elakkan masalah yang boleh menyebabkan tekanan/stress serta mendapatkan rehat/masa tidur yang berkualiti adalah asas untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.
 
usah harapkan kecantikan kulit dalam sekelip mata.. kerana Beutskin Essence, secara sedar atau tidak, ia sebenarnya memperbaiki kesihatan dalaman terlebih dahulu.. jadi bersabarlah, konsisten dan jadikan ia amalan harian untuk hasil terbaik untuk bulan2 dan tahun2 akan datang..:)
"KESIHATAN DALAMAN AKAN MENYERLAHKAN KECANTIKAN LUARAN"
 
 
Berikut dicatatkan beberapa persoalan yang sering diajukan bakal/pengguna produk ini. Penting untuk anda memahami dan mengambil produk mengikut aturan dan saranan yang diberikan bagi memastikan khasiat/keistimewaan ia dapat diserap badan dan memberikan impak maksima di atas pelaburan yang anda keluarkan.
 
1. Bila masa terbaik untuk mengambil Beutskin Essence?
-Ambil 2x sehari, 2biji sebaik saja bangun dari tidur, diikuti dengan segelas air masak/suam, iaitu sekurang2nya setengah jam sebelum sarapan. Sekali lagi 2biji pada waktu malam, iaitu sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur, agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Sila minum banyak air sepanjang hari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.
 
2. Bolehkah Beutskin Essence diambil ketika haid atau hamil/mengandung?
-Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga  melambatkan monopouse. Tetapi wanita hamil DILARANG mengambil produk ini kerana kandungannya yang boleh 'membersihkan rahim' dan mengecutkan saluran peranakan.
 
3. Selepas bersalin/berpantang dan menyusukan bayi boleh ambil Beautskin Essence?
-Boleh, tapi pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga. Walau bagaimana pun, pada tempoh ini, sebaiknya anda mengamalkan BE dengan kapsul SNE juga, yang memain peranan penting membantu merawat/memulihkan bahagian dalaman badan serta mengembalikan kesihatan selepas bersalin secara keseluruhan selain memberi manfaat yang lebih banyak dalam penyusuan kepada bayi.
 
4. Lelaki boleh amalkan Beautskin Essence?
-BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan BE ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda. Untuk LELAKI, amalkan juga kapsul SNE, ibu segala produk terbaik untuk anda..
 
5. Bolehkah Beutskin Essence diambil bersama supplement lain seperti kolagen, Vitamin-C atau ubat-ubatan doktor yang lain?
-Boleh, tapi bergantung kepada kesesuaian. Contohnya, jika supplement lain itu juga perlu diambil sebelum sarapan, maka ia pasti menyukarkan anda kerana BE juga perlu diambil pada masa yang sama,kan? Pastikan anda jarakkan waktu pengambilan sekurang2 nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.
 
6. Berapa lama perlu amal untuk melihat hasil kecerahan kulit?
- Ini paling banyak ditanya. Semua obses untuk miliki kulit cerah berseri. Tapi sebelum itu, anda perlu fahami dulu bagaimana Beutskin Essence (BE) berfungsi dalam beberapa tahap dalam lingkungan masa tertentu. Kita rawat dalaman dahulu ok?
 
 
 
**Penyerapan - 100% pati tumbuhan aktif yg diserap dengan pantas ke dalam sel-sel tubuh bagi mengaktifkan fungsi2 utama sel.
 
**Pemulihan - Pati tumbuhan aktif dlm BE bertindak terus pada nukleus sel untuk menghasilkan enzim2 autogenus bagi memulihkan kecergasan.
 
**Penjanaan semula - Pati tumbuhan aktif dalam BE membekalkan nutien2 yg mencukupi kepada sel dan membantu sel2 kulit kembali sihat.
 
**Pengkhususan - Pati tumbuhan aktif dalam BE mula mengenal pasti dan bertindak secara khusus pada sel2 yg rosak dalam tubuh dengan menambahkan kepekatan kolagen dan membaiki struktur serat2 elastik, membolehkan kekenyalan dan keanjalan kulit dipertingkatkan.
 
**Pembekalan semula - Pati tumbuhan dalam BE membekalkan semula tenaga dan tahap nutrien yg diperlukan oleh sel2 kulit.
 
**Kebolehpercayaan - BE mengandungi 100% pati tumbuhan aktif tanpa penggunaan sebarang hormon dan oleh itu, ia tidak akan menyebabkan alergi dan kebergantungan.
 
Jadi kesimpulannya, jika kesemua tahap ini sudah dicapai, kesihatan dalaman dipertingkatkan, struktur kulit akan dipulihkan (jerawat, parut, pori2 terbuka, jeragat, kekusaman hilang perlahan2), maka barulah terlahir kulit halus cerah berseri! Ini semua diperolehi dalam tempoh 3-6 bulan pengambilan secara konsisten..:)
 
7. Jika memberhentikan pengambilan, adakah kulit yang cerah/mulus kembali menjadi gelap dan kusam?
-Dalam jangka panjang, sudah tentu ia terjadi, kerana tanpa zat2/nutrien mencukupi, kolagen semulajadi badan terbina dalam kadar perlahan dan merosot, selain pengumpulan toksin yang menghasilkan radikal bebas mempercepatkan lagi proses penuaan berlaku..

PRODUK YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA!
*GOLDEN BULL AWARD (2008 & 2010) - The Largest and Most Prestigious Annual Business Award in Malaysia!
*ASIAN-PACIFIC OUTSTANDING SYSTEM AWARD (2009)
*PROMINENT CONTRIBUTION AWARD (2009)
*TOP 10 BRANDS OF DIRECT SELLING IN THE ASIA PACIFIC REGION (2007)
*STATE SCIENCE & TECHNOLOGICAL PROGRESS AWARD (2008)

19 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    Betul2 mengetatkan rahim kite ker

  2. Tanpa Nama says:

    Sekotak be tu than bpe lame? Sebulan ade x?

  3. Nak tnya..kalau cnsume BE je tnpa SNE xpe ke??

  4. Ez, boleh..
    tp utk kesan tbaik, disarankan diamalkan bersama SNE dan excel tea..

  5. Feezs says:

    Kalau yg plan dan teringin nk mengandung, blh tak consume be & sne ni? Mohon penjelasan..

  6. saya baru nk menggunakan produk ini.tetapi saya masih lagi was-was...saya cuma ada masalah parut yang banyak di badan....jerawat,jeragat saya tidak ada...apakah saranan pihak anda?produk mane saya perlu ambil

  7. -mereka yg sudah lama berkahwin dan ingin mendapatkan cahayamata, disarankan ambil Beutskin 2bj pagi dan 2bj malam (lagi bagus jika diambil bersama SNE dan excel tea). Minum air bersih dalam kuantiti yang banyak. Dari respon pengguna wanita, haid mereka yang sebelum ini mungkin sedikit atau jarang2 datang, akan keluar dengan banyak, berwarna gelap (tanda darah kotor yang lama)juga berketul2 dan sehingga 2 minggu lama nya. ini bermakna saluran peranakan dan rahim mereka yg bermasalah sedang dipulihkan.. selepas 2-3 bulan pengambilan, hormon akan stabil dan peluang mereka mendapat anak lbh cerah.
    -sebaik disahkan mengandung, pengambilan Beutskin boleh dihentikan sepanjang tempoh kehamilan.

  8. Tanpa Nama says:

    Sy nk dpt kulit yg putih gebu..yg mn satu sy ptt ambil? Sne or beutskin? Klu ble sy nk beli satu sj.klu nk beli sne n beutskin skaligus rasanya x mampu.tolgla jwb

  9. Tanpa Nama says:

    Sy nk dptkan kulit yg putih gebu..tp yg mn ptt sy ambil..sne or beutskin? Boleka tdk mgamalnya sekaligus?

  10. Tanpa Nama says:

    Assalammualaikumm , saya ada masalah jerawat jeragat , di badan pun saya ada masalah jerawat , kalau saya amik pakej yang rm 240 tu boleh hilang atau ada benda lain lagi saya kene ambil . Saya begitu malu bila orang pandang ke arah saya dengan muka yang ada masaalah jerawat , bolehkah anda menyelesaikan masalah saya agar saya boleh mendapatkan wajah yang bersih ? Saya seorang lelaki yang masih muda dan tolong saya untuk menyelesaikan masaalah saya :( harap anda boleh memberikan penjelasan kepada saya . Dari kerempeng .

  11. Mf macam mane nk tahu yg pil nie orinal dgn pil tiruan

  12. Tanpa Nama says:

    assalam..saya baru berkahwin dan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. bolehkah sy mengambil produk BE ini?? apa yang dimaklumkan dengan saya hasil dari pembacaan, BE boleh mengecutkan rahim..jadi untuk mendapatkan anak semakin susah..betul atau tidak??terima kasih.

  13. Tanpa Nama says:

    Saya baru 2 hari mkn BE dn sya inginkn kesan yg cepat.bolekh saya tmbah dos?1lgi bolekh sya mkn BE dgn ubt perancang kluarga iaitu yaz.?

  14. Tanpa Nama says:

    Kalo wanita dalam pantang dan bersalin secara pembedahan bleh amik be dan sne kapsul x?dos nya macam mane?

  15. Tanpa Nama says:

    Gune lh sne..pasti ok..sbb sy pun jrawat dulu..:)

  16. Tanpa Nama says:

    Sy pengguna sne..stakat ni jerawat sy timbul pun ckit..lepas tu hilang..sy juga sapu gel sne d wajah sblm tdo...nmpaknya parut sy smkin pudar..

  17. Tanpa Nama says:

    sy pengguna BE.. sy sarankn utk kesan yg lebih cepat n ketara pengambilan 3bji pagi n 3bji mlm.. akn nmpk kesan dlm 1 - 2 minggu tp dgn kesihatan yg baik.. kurg add msalah dalaman dan tekanan.. mmg akn nmpk kesan yg optimum di bantu oleh SNE n EXcel Tea..

  18. Tanpa Nama says:

    Harga berapa?