Posted by beauty - - 42 ulasan

Rumpai laut kering yang belum diproses rupa ia seperti ini. Setiap pek 100gm boleh dimasak sekali gus atau sebahagian sahaja dahulu. Untuk pengambilan selama 3-4 minggu.

Kolagen rumpai laut dari spesies terbaik, Euchima cottoni, diusahakan secara organik, berwarna keemasan dan bergred AAA. Sangat kenyal/liat dan masin (rasa air laut) selepas melalui proses pengeringan di bawah terik matahari, tapi menjadi amat lembut (kembang) selepas direndam semalaman (juga sudah tawar rasa nya). Sebab itu anda perlu membasuhnya beberapa kali sebelum direndam dan beberapa kali lagi selepas semalaman direndam, kemudian ditos dan direbus dengan air secukupnya (2.5-3 liter air).

Selesai direbus, kolagen rumpai laut hancur dan menjadi seperti gel/jeli/agar2. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Ambil 3-4 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur, boleh dimakan begitu saja tanpa campur apa2 atau dimasukkan dalam jus minuman kegemaran.

Kelebihan menggunakan kolagen asli ini, selain harganya yang jauh lebih murah dan bebas kimia, serta dapat dipelbagaikan rasa apabila diambil bersama minuman kegemaran, ia juga memiliki keistimewaan untuk dibuat masker wajah.

Caranya, cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang2 pori kulit, kemudian baru sapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi. Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori2 kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.

Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkan nya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit. Contohnya untuk kulit berminyak, sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

Bagi mereka yang berkulit normal pula, campuran madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya. Manakala bagi yang berkulit kering, boleh cuba mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.

Walau bagaimana pun, pengambilan kolagen ini sebagai pemakanan tambahan setiap hari akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dalaman diri anda secara keseluruhan, dan akan terserlah di luaran melalui wajah serta kulit badan yang tampak segar dan berseri dari hujung rambut ke hujung kaki.. 
 

42 Responses so far.

  1. MAHAL KE HARGA KOLAGEN NI SIS?
    LEPAS RAYA NAK CUBA LAA
    TAPI KALAU TAKDE PETI SEJUK MCM MANA?
    RUMAH BUJANG

  2. mmg perlu simpan dlm peti ais kolagen yg tlh d masak ye sis..

  3. kena g beli ais box dulu la nampak
    tahan berpa lama satu paket tu sis?

  4. 1 pek tahan 5-6 minggu..
    masak separuh dulu, tu pun dh penuh 2-3 tupperware..:)

  5. Tanpa Nama says:

    Sis.. berapa harga u tuk 100 gram?

  6. harga boleh rujuk di page order/beli atau klik kat bahagian tepi tu..
    http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/p/orderbeli.html#axzz24jzhsJQ7

  7. Tanpa Nama says:

    I'm extremely impressed with your writing skills and also with the layout on your blog. Is this a paid theme or did you customize it yourself? Anyway keep up the nice quality writing, it's rare to see a nice blog
    like this one these days.
    Also see my webpage > kolagen

  8. Tanpa Nama says:

    saya skrg kat sabah.mana leh saya beli rumpai laut kolegen yang mentah tuh.kat area mana ada jual.mau try la

  9. Iman says:

    klau xda peti sjuk cmne kak..??duk hostel..xda peti..blh ltk kjp jer kt rmh..cmne..?

  10. Sis mcm mana sy nak dptkan stok ni?

  11. Sis mcm mana sy nak dptkan stok ni?

  12. Brape hrga utk 100g sis?

  13. Tanpa Nama says:

    saya berminat..cuma nk tau keberkesanannya..testimoni x de ke?

  14. Tanpa Nama says:

    Saya dh cuba.alhamdulillah.bekesan.

  15. Tanpa Nama says:

    salam..sy nk tnye psl penggunaan krim mlm sf beauty & masker kolagen..tiap2 mlm lepas guna masker,sy sapu krim mlm..sy dh guna 4 hari & jerawat kluar..adakah cara sy salah?..

  16. Tanpa Nama says:

    salam, boleh tak if cara penyediannya tidak d bekukan spt agar2. Saya jdkn seperti kordial... Kelihatan cair sedikit.. Mana yg lebih baik?

  17. Tanpa Nama says:

    boleh ker kolagen nie letak di kulit kepala ?? ade segelintir kwn2 sy kate boleh ltak di kulit kepala , ,

  18. bercakap tentang kolagen rumpai laut,sebenarnya terlalu banyak cara untuk menikmatinya. ia sesuai utk diamalkan oleh semua peringkat usia. jd usah limitkan daya kreatif anda pada cara pembuatan rebus menjadi jeli/agar2 kmudian simpan dalam peti sejuk sj..

    cthnya, kolagen mentah yang direndam dan kmudian dibasuh bersih boleh dipotong2, boleh d cmpur dalam menu kerabu/sayuran anda. boleh dicampur dalam pembuatan dadih dan manisan lain dan sbg nya.

    kolagen yg direbus dan dijadikan jeli boleh disapu pada kulit bayi untuk elakkan ruam dan kegatalan. blh sapu sebg antiseptik utk kulit berkudis atau luka. dan memang boleh diletakkan pada kulit kepala untuk menguatkan akar rambut dan mencegah kelemumur.

    malahan anda boleh kisar kolagen mentah kering sebagai pengganti garam dalam masakan anda (ia masin seperti garam laut jg)dan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.
    ia sumber marin yang memang kaya khasiat dan tidak terbatas cr penyediaannya..

  19. Salam..saya nak tanya..kakak saya ada belikan rumpai laut ungu..sekarang saya keliru utk amalkan di sbb kan saya sedang merancang utk hamil..ada apa2 effect tak kalau saya amalkan rumpai laut tu,sbb period saya dah lewat juga la..sekiranya ditakdirkan saya hamil dlm masa terdekat ni,ada kesan tak pada kandungan??mohon penjelasan dari pihak tuan/puan...

  20. salam.
    wanita hamil tiada masalah dalam mengamalkan rumpai laut ini kerana ia 100% semulajadi dan selamat.
    malah dengan pengambilan sepanjang tempoh kehamilan, ia dpt mengurangkan morning sickness, loya, sakit pinggang dan tumit bagi ibu2 hamil. boleh disapu pada perut untuk mengurangkan kesan regangan.
    malah bayi dlm kandungn jg mendapat nutrisi dan kesan yang baik seperti kulit yg cantik dan cerah..

  21. Oleh Yeke...terima kasih ya atas segala penjelasan..Insyaallah hari ni saya mula bersihkan dan amalkan..boleh saya tau ape nama Facebook ya?terima kasih sekali lagi..

  22. boleh buat masker rupanya kolagen rumpai laut ni. Bagus betul maklumat ni.

    Follow ....#110
    Kalau sudi, singgahlah ke blog saya http://makcikmun.blogspot.com/

  23. Sy bru amalkn 1minggu. Tapi kesan dia alhamdullilah. Xcb xtaw.

  24. Tanpa Nama says:

    saya nk tya mcm org yg ada gastrik yg kronik xpe ke amal mkn ini dan mkn ketika perut kosong??
    takut ada efek ape2..

  25. Tanpa Nama says:

    dulu saya pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang meningalkan kesar parut yg banyak di bahagian muka.bolehkah kolagen membantu menghilangkan kesan parut yang telah lama terjadi?sila beri maklum balas terima kasih

  26. Tanpa Nama says:

    mana yg lebih baik warna unggu atau warna kuning ni.ada yg kata warns unggu gred AAA.jd nya kita sebagai ciustomer keliru dgn polihan ini.

  27. Azlynn says:

    Mcm mana ye nak kisar kolagen tu utk d jadikan garam masakan?sbb setahu saya kolagen mentah ni agak liat

  28. salam.. sy nk tnya,boleh ke sy cmpurkan rumpai laut yang d masak dlm air sanquik??? air tu sy bg suam dan letak kan rupai laut yang tlah di mask dan tlah jd mcm agar2,,kemudian rupai laut tu hncur,,sy terus minum jjew.adakah ia bkesan dgn cara ni????

  29. Apa kesan y paling ketara selepas berapa lama pengambilan kolagen asli ni?

  30. sy ad beli 2 kotak. satu yg kuning dan satu unggu. sy terus je rendam dua2. kalau taknak rebus semua tp separuh2 je takpe ke ? yg dah rendam tu bg kering balik. boleh ke ?

  31. Tanpa Nama says:

    Nurul_nak tanya...kalo masal terlebih air..so lembik sgt..ade kesan tak kalo makan..ke kne lebihkan sudu?..de sape2 leh jwb?

  32. Tanpa Nama says:

    saya beli kolegen warna ungu blh ke pakai kat muka.

  33. Saya buat mcm sis buat. Ok je. X de apa2

  34. Saya juga wat cam sis buat. Blh je sis..

  35. Tanpa Nama says:

    Klau rumpai laut tu ms segar warnanya hijau kan npa le jd hjau or ungu....

  36. Tanpa Nama says:

    As' salam..sis
    Mcm mne saya nk beli seaweed..
    Bole sis bg no handphone..

  37. Assalam..sy dh rebus tp x beku pn..cair..nk buat mcm?

  38. hyee, nak tanye nie kalau terbuat banyak tempoh bape bulan boleh tahan? ada expired date x? slpas dmasak?

  39. tmpg bace yek. baru beli benda ni. ketinggalan jek. hihi!