Posted by beauty - - 0 ulasan

Saudari Nor, seorang siswi, dari Jitra, Kedah
Pengguna Sf Beauty set vit-C

Saudari Laili, Pulau Pinang
juga pengguna Sf Beauty set vit-C

Puan As, seorang guru, dari Kuantan, Pahang
pengguna Sf Beauty set vit-E

Menerima maklumbalas positif di kalangan pengguna Sf Beauty setiap hari, adalah sesuatu yang amat menggembirakan. Mereka adalah pengguna yang sabar, konsisten dan tidak pernah berputus asa dalam usaha mengembalikan semula seri wajah yang hilang. Bukan bertujuan mewujudkan rasa bangga bila ditatap orang lain, tapi dengan memiliki wajah bersih dan sihat, ia sangat membantu dalam meningkatkan keyakinan diri individu tersebut bila berhadapan dengan khalayak ramai, teman2 juga keluarga.

Parut lama, merujuk kepada bekas2 jerawat, luka atau sebarang kecederaan yang sudah melewati usia 1 tahun. Ia cela yang sukar dihilangkan dalam waktu terdekat, walau dengan apa jua produk kecantikan dan rawatan canggih lain, kerana jaringan sel kulit yang terbina oleh kolagen semulajadi tubuh untuk menutup luka kulit ketika masalah tersebut timbul, terganggu, lalu pembaharuan sel2 kulit menjadi tidak sempurna. Ia diburukkan lagi dengan situasi ketika itu yang terdedah pada pencemaran, cuaca terik (sinar UV) dan kimia2 kosmetik/skincare yang tidak sesuai (menutup pori2 kulit). Jadi, pengguna perlu banyak bersabar dalam merawat masalah parut2 lama, dan sebaiknya ambil lah juga supplement lain untuk membantu kesihatan kulit dari dalam.

Bagi mereka yang berjerawat, jaga lah kesihatan dan kebersihan kulit. Jauhi tabiat memicit jerawat kerana ia meninggalkan parut gelap dan mencederakan lapisan dalam. Kulit yang sihat membantu kesembuhan dengan kadar lebih cepat, memiliki keupayaan memperbaiki dan memulihkan sel2 kulit secara semulajadi, memudarkan parut2 dalam tempoh selewat2 nya 6-12 bulan. Sentiasa lah memakai krim siang Sf Beauty yang berpelindungan UV bagi mengelakkan kulit terdedah pada radikal bebas, yang boleh menambahkan kerosakan kulit. Penggunaan krim malam Sf Beauty pula akan memberikan nutrisi, selain merawat kulit sepanjang waktu kita tidur. Hasil nya, anda pasti dapat memiliki semula wajah bebas cela, segar bermaya dan cerah berseri..