Posted by beauty - - 5 ulasan

sedutan dari sebahagian perbualan antara saya dan pelanggan yang baru mencuba.. Sis K (nama sebenar dirahsiakan atas permintaan empunya diri), seorang siswi, usia awal 20-an, memiliki kulit sensitif dan jerawat kategori 'sangat teruk'. Beliau mencuba set vit-C Sf Beauty. Alhamdulillah beliau memberitahu keadaan kulit nya menunjukkan perubahan malah dia dan kakaknya mula merasai keserasian dalam penggunaan produk ini.


JAWAPAN tambahan bagi soalan berkaitan di atas:

1. Gatal atau sedikit rasa miang pada wajah sering terjadi kepada mereka yang berkulit sensitif. Ia tindakbalas kulit apabila kita menukar produk skincare, jadi kulit perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan produk baru. Rasa ini juga sering dialami oleh mereka yang sebelum ini menggunakan skincare yang dirumus dari campuran kimia perosak kulit atau mereka yang mengenakan kosmetik dalam rutin harian, kerana zarah2 halus/kimia dari produk kecantikan ini selalunya masih bersisa dan melekat pada kulit walau pun ia telah dibersihkan. Sebab itu bila bercampur dengan produk Sf Beauty ia memberikan tindakbalas kegatalan, sedikit ruam atau kemerahan. Jadi bagi mereka yang alami kesan sebegini, sila elakkan sebarang penggunaan kosmetik/mekap tebal/foundation dalam tempoh pemulihan, iaitu 1-3 minggu pertama penggunaan produk Sf Beauty. Untuk sebab terjadinya penggelupasan, boleh RUJUK DI SINI

2. Jerawat adalah suatu masalah kulit yang sangat banyak penyebab kejadiannya. Ia sangat berkaitrapat dengan hormon. Di usia muda paras hormon ia sentiasa turun naik dan sentiasa tidak stabil. Dalam konteks seorang siswi misalnya, jerawat boleh timbul kerana kurang tidur (sibuk dengan study, assignment dan aktiviti luar), perubahan tempat tinggal (suasana kolej, pemakanan, cuaca di tempat belajar tidak sama dengan rumah mereka), malah stress dengan hubungan sesama mereka (gaduh dengan boyfriend, contohnya..:)). Itu tidak termasuk lagi dengan tabiat ingin mencuba produk2 kosmetik baru, pengambilan supplement tambahan dan sebagainya. Jadi sila beri masa kepada Sf Beauty membantu anda mengawal pembiakan bakteria penyebab jerawat dan menghapuskannya secara beransur2..

3. Kenapa lagi banyak jerawat naik bila pkai Sf Beauty? atau sebelum ni tak pernah naik jerawat tetiba lepas guna Sf Beauty ia naik beberapa biji? Ye, ramai bertanyakan soal ini pada saya. Harus diketahui, keistimewaan Sf Beauty ialah meningkatkan metabolisme kulit. Pada peringkat awal penggunaan, sel2 yang sebelum ini lesu /tidak bermaya mula diaktifkan kembali. Jadi sel2 yang menerima 'kejutan' tidak berupaya mengawal situasi (ibarat kita yang mamai bangkit tidur, terpinga2 tak dapat fikir apa2), lalu berlakulah pengeluaran minyak berlebihan. Manakala lemak/sebum2 minyak yang sebelum ini terhalang dengan sel2 mati cuba mencari jalan keluar. Sel2 aktif menguatkan metabolisme, yang peranannya membantu kulit menyerap lebih oksigen dan memanfaatkan krim2 rawatan secara optimum. Kulit yang dapat bernafas dengan sempurna akan menyahkan kotoran2 dari liang pori mereka (yang sebelum ini tersumbat menjadi jerawat), memperbaiki struktur kulit tumbuh lebih sihat, segar, lembut dan bercahaya.. Jadi, jika anda mengalami petanda seperti ini, bersabarlah.. guna Sf Beauty seperti biasa, konsisten dan berikan peluang Sf Beauty bertindak secara perlahan2 dan mengikut lunas semulajadi. Masalah jerawat anda pasti akan berakhir..


Saya cuba menulis dalam bahasa yang mudah, tapi jika masih tidak faham, ada soalan/pertanyaan sila inbox saya di FB ye..

5 Responses so far.

  1. sis nk share boleh tak entry ni..

  2. sis..
    semua artikel kat blog akak ni d izinkan copy paste/share untuk sesiapa sahaja..:)

  3. Tanpa Nama says:

    Agak2 berapa lama jerawat hilng...sy sejak2 pakai sf beauty ni byk jerawt keluar..sy baru pakai sf beauty 1 buln lebih..

  4. Tanpa Nama says:

    sis. saya pun baru guna sf bauty utk mggu ke 3, tapi jerawat keluar di dahi dan bhg dagu. normal ke? *saya risau sbb sebelum ni tak tumbuh jerawat macam ni.. tq sis.. =)

  5. Tanpa Nama says:

    izinkan saya tuk share maklumat ini. tq