Posted by beauty - - 4 ulasan

Sebelum ini saya ada kongsikan cara buat sendiri MASKER PENCERAH WAJAH di rumah, kali ini jom kita sama-sama buang bintik2 hitam dan putih degil pada wajah dengan kaedah paling mudah dan murah.


Kebiasaan nya, bintik2 hitam dan putih sering berlaku kepada mereka yang memiliki kulit berminyak, akibat pori2 tersumbat dengan sebum dan terlekat pada umbi reroma halus pada liang roma kulit kita. Jika terlalu banyak tentu nya wajah kelihatan kusam dan pori2 terbuka tampak lebih besar/jelas. Mencuci wajah dengan sabun pembersih sahaja agak sukar menghilangkan bintik2 hitam ini.

Maka, anda boleh cuba kaedah mudah ini di rumah. Lakukan pada waktu senggang anda. Caranya, ambil sebiji telur (cairan putihnya sahaja) dan celup/basahkan kapas muka yang bersih pada nya (belah dua atau 3 dari sekeping kapas muka agar ia lebih nipis dan cepat kering). Lekatkan ia pada hidung atau keseluruhan wajah dan biarkan ia kering dengan sempurna. Kemudian tarik ia seperti menarik topeng muka. Pastinya jika dibuat dengan betul, bintik2 hitam/putih serta kotoran lain akan melekat pada kapas tersebut.

Hasilnya, wajah lebih bersih, lembut dan halus. Bersihkan sisa kapas dan putih telur dari wajah kemudian sapukan pelembab seperti biasa. Jika anda berkulit kering, gantikan putih telur dengan kuning telur. Wajah pastinya lebih lembab dan segar. Mudah bukan? Amalkan seminggu sekali untuk wajah sihat berseri..


4 Responses so far.

  1. LIS says:

    Kulit saya jenis berminyak dan sya telah mengamalkan kaedah ini sejak awal tahun 2012 selepas diprkenalkan oleh teman saya. Alhamdulillah,hasilnya memang baik.
    Memang tertanggal bintik hitam/putih.lebih halus juga.
    Lbih baik jika sapukan air batu selepas cuci muka.
    >>kombinasi kaedah ini,mengurangkan penghasilan minyak di wajah sehingga 70%

    Telur>>Saya buat 1/2 bulan sekali,bergantung pada keadaan wajah saya.

    Ais>>Setiap kali selepas cuci muka.

  2. Tanpa Nama says:

    Kulit saya kelihatan kering di hidung .. Dan nmpak bintik hitam

  3. Hmm. Bau dea leh tahan x?? Kan bau telur tuh bau hanyir...