Posted by beauty - - 1 ulasan

Jika di rumah anda ada lemon atau limau nipis, boleh cuba buat masker ini. Cara nya mudah saja, campurkan sesudu perahan jus lemon/limau nipis ke dalam 1/3cawan susu segar. Sebatikan ia dan sapu pada wajah menggunakan kapas muka. Biar selama 15-20 minit.

Kemudian boleh cuci wajah seperti biasa. Kandungan asid sitrik dalam kandungan jus yang bergabung dengan asid laktik dalam susu akan mengangkat sel2 kulit mati manakala protein susu akan melembabkan kulit secara semulajadi. Vitamin C dalam jus lemon juga membantu merawat kulit yang berjerawat dan mengaktifkan sel2 kulit baru. Hasilnya, wajah lebih bersih, segar dan cerah.

Amalkan masker ini seminggu sekali, pada waktu malam. Kenapa? Sebab pendedahan kepada cahaya matahari selepas rawatan pencerahan kulit akan membuatkan kulit sensitif. Sama situasi nya jika anda membuat rawatan laser/spa/salon, selepas rawatan pencerahan, cahaya matahari perlu dielakkan.

Selepas wajah dibersihkan, oles krim malam dan bolehlah masuk tidur seperti biasa. Anda pasti merasai perbezaannya apabila bangun pagi. Cubalah!

psstt: susu segar boleh digantikan dengan susu tepung yang dibancuh.

One Response so far.

  1. boleh la suzy try nieh...cepat mudah & jimat..hihi -tQ beauty 4 info